Tuesday, August 28, 2007

NISFU SYAABAN

Arini 15 Syaaban=Nisfu Syaaban. Disunatkn poser today, so poser...
ok la, kt bwh de sket mengenai nisfu syaaban n perkara2 yg dsunatkn buat today.

SYAABAN adalah antara bulan mulia di sisi Allah. Ia bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. Justeru, Rasulullah banyak berpuasa sunat dalam bulan mulia ini di samping menggalakkan umat Islam melipatgandakan amal ibadat.

Nisfu Syaaban ialah amalan merayakan malam tersebut dengan amalan-amalan tertentu seperti membaca Yasin sebanyak tiga kali diikuti dengan solat sunat Nisfu Syaaban.
Setelah itu dilakukan pula bacaan doa memohon dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sebagainya. Begitu juga dengan puasa sunat khusus pada siang hari Nisfu Syaaban.


Berkenaan kelebihan Nisfu Syaaban iaitu malam pertengahan bulan Syaaban pula kita boleh dapati melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya, daripada Muaz bin Jabal r a, Nabi bersabda maksudnya: “Allah melihat kepada hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban dan Allah akan memberikan pahalanya kepada seluruh hambanya melainkan mereka yang melakukan kesalahan syirik dan orang berzina.”

Dalam hadis lain sebagai mana diriwayatkan Abdullah bin Amru bin al-As bermaksud: “Allah memandang makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, lalu diampuni dosa hamba-Nya kecuali dua golongan, iaitu orang yang membunuh diri dan orang yang menyebarkan fitnah (Hadis riwayat Ahmad).”

Demikian antara himpunan hadis menggambarkan secara umum kepada berkenaan kelebihan Syaaban yang sungguh istimewa ini. Oleh itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan seperti diamalkan Rasulullah memperbanyakkan puasa sunat.Yang paling utama sekali, setiap Muslim sewajarnya merebut peluang keemasan yang terhampar pada Syaaban untuk meraih keampunan dan keredaan Ilahi kerana ada hadis menyatakan bahawa Allah sedia memberi keampunan kepada hamba-Nya yang bertaubat pada sepanjang Syaaban yang penuh rahmat itu

Sama-samalah kita memohon keampunan dan keredaaan Ilahi..aminnn

3 comments:

Muj!b said...

huhuhu.. aminnnn.. insaff abih..
hehehe... ko bitau lmabat.. dah posa baru nak bitau.. kekeke.. takpe.. mlm ni pulun baca yasin.. :P

Miss Su said...

lorr nk kna bgtau gak,sndri mau ingat la cek! hehehe

Muj!b said...

huahuahauahuah... takpe takpe..takde rezeki aku.. keke..